Era Kalendar Gundam

Dalam kebanyakan siri dan juga siri terawal Gundam, berlaku dalam dunia fiksyen pada era kalendar "Universal Century" (UC). Walau bagaimanapun, siri Mobile Fighter G Gundam menggunakan era kalendar yang berlainan. Sejak itu, muncul beberapa era kalendar yang lain yang tidak ada kene-mengena dengan UC. Dengan menggunakan era kalendar selain UC, siri tersebut mempunyai tahap kebebasan kreativiti yang tinggi kerana tidak terikat dengan peristiwa dan sejarah dalam UC.

Peminat Gundam di Jepun menyifatkan Siri Gundam sebenar hanya berlaku dalam garis masa Universal Century. Selain itu, mereka memanggil gundam selain garis masa Universal Century sebagai "Gundam lain". Siri Gundam dalam Cosmic Era digelar sebagai Gundam versi abad ke-21 (merujuk pada Gundam pertama, Mobile Suit Gundam).

Peminat-peminat yang lama banyak menyukai Gundam dalam Universal Century, manakala Cosmic Era berjaya menarik peminat baru. Dikalangan peminat Gundam, peminat Cosmic Era boleh dikatakan peminat yang setahun jagung kerana kebanyakan peminat Cosmic Era hanya mengethui Gundam dalam Cosmic Era sahaja.

Universal Century

Era kalendar yang dibuat untuk siri Gundam yang pertama Mobile Suit Gundam yang mula disiarkan pada tahun 1979. Majoriti siri Gundam menggunakan eraera kalendar ini. Siri-siri yang diletakkan dalam kalendar ini mempunyai peminat yang ramai dan menjadi petunjuk aras bagi peminat Gundam yang setia (die-hard fan).

Dalam UC, manusia mula tinggal di koloni-koloni angkasa lepas. Bagaimanapun, koloni-koloni ini menuntut kemerdekaan lalu meletus perang yang diberi nama Perang satu tahun (One Year War).

Future Century

Satu-satunya siri gundam yang menggunakan era kalendar ini adalah Mobile Fighter G Gundam. Mobile Fighter G Gundam merupakan siri yang pertama menggunakan era kalendar yang berlainan.

Berlainan dengan UC, dalam Future Century (FC) peperangan dapat dielakkan dengan mengadakan satu pertandingan antara koloni bagi mendapatkan hak pemerintahan.

After Colony

After Colony (AC) merupakan era kalendar kedua yang digunakan oleh New Mobile Report Gundam Wing.

AC bermula selepas manusia berjaya tinggal di koloni angkasa lepas. Bagaimanapun, eraera pentadbiran dikawal sepenuhnya oleh wakil-wakil Bumi.

After War

After War Gundam X memulakan penggunaan kalendar After War (AW).

AW bermula selepas berlakunya Perang Angkasa Lepas ke-7 yang menyaksikan Bumi hancur akibat kejatuhan koloni ke Bumi.

Correct Century

Turn A Gundam menggunakan Correct Century (正歴 Seireki). Menurut Tomino Yoshiyuki, CC diletakkan di masa hadapan yang jauh dari garis masa-garis masa yang terdahulu.

Koloni Angkasa mempunyai kuasa yang besar dan lebih aggresif jika dibandingkan dengan FC. menurut Buku Panduan Rasmi Turn A, CC bermaksud Correct Century.

Cosmic Era

Anime Mobile Suit Gundam Seed, Mobile Suit Gundam Seed Destiny dan Mobile Suit Gundam Seed Stargazer menggunakan era kalendar Cosmic Era (CE).

CE bermula selepas manusia mula tinggal di angkasa lepas.

Anno Domini

Model Suit Gunpla Builders Beginning G, Gundam Build Fighters dan Mobile Suit Gundam 00 menggunakan kalendar Anno Domini atau kalendar Masihi dan merupakan siri Gundam yang tidak menggunakan era kalendar fiksyen.

Advance Generation

Advance Generation (AG) merupakan era kalendar terbaru dengan siri Gundam AGE.

Seperti CC, AG bermula setelah bertahun-tahun (mungkin beratus tahun) selepas manusia berjaya tinggal di koloni angkasa lepas dan peperangan sudah tiada.

Lain-lain

Siri-siri SD Gundam menggunakan eraera kalendar yang berlainan bagi memudahkan jalan cerita. Boleh dikatakan, SD Gundam tiada kene mengena dengan konsep Gundam yang asal.